Tuesday, September 11, 2012

kisah dalam Utusan Malaysia



Apabila dikejutkan berita kehilangan seorang suami 16 tahun yang lepas ibu cekal membesarkan seramai 11 orang anaknya. Ketika itu usia ku 6 tahun. Dengan  hasil daripada duit simpanan,sumbangan,pencen dan jahitannya ibu menyara kehidupan kami adik beradik. Ibu membanting tulang membesarkan kesemua anaknya dengan sempurna dan cukup makan tambahan pula membesarkan 2 orang adik beradik saya yang OKU. tetapi ini tidak mematahkan semangat ibu saya dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Menceritakan pengalaman pahit detik selepas arwah ayah saya meninggal 2 minggu selepas itu majlis perkahwinan kakak ke dua saya akan berlangsung. Kakak hampir membatalkan perkahwinannya kerana patah semangat diatas apa yang berlaku terhadap keluarga kami. Namun majlis itu diteruskan.

Selepas itu, detik kehidupan kami berjalan dengan agak kepahitan kerana ibu tiada sumber untuk mendapatkan duit. tetapi 3 orang dari adik beradik saya bekerja dan membantu ibu dalam menguruskan hal kewangan. Abang saya yang pertama dan kakak saya yang ketiga sudah bekerja sedikit sebanyak dapat membantu dari segi kewangan. Yang ke lima pula menyambung pelajarannya di sebuah kolej swasta. Kakak saya yang ke 4 merupakan seorang OKU dihantar belajar di Pusat kemahiran menjahit di Kajang sebelum ayah meninggal. Ibu tidak bersusah hati sangat kerana kakak saya pandai membawa diri dan berdikari dalam menguruskan kehidupannya sekarang beliau telah berjaya menjadi tukang jahit yang terkemuka di Kuala Lumpur.

Pernah satu ketika lima orang anak ibu bersekolah dalam satu masa dan ada yang masih kecil lagi. Bayangkan dengan duit pencen yang tidak seberapa dan hasil duit jahitan ibu tetap membesarkan anaknya. Sampaikan untuk membayar yuran sekolah terpaksa bergilir-gilir dalam bulan yang berlainan untuk membayarnya. Ini merupakan rezeki Allah curahkan kepada kami sangat bernilai. Kami membesar dengan penuh rasa kekeluargaaan walaupun serba kekurangan tetapi untuk sesuap nasi tidak penah lekang dari perut kami walaupun perlu berkongsi 1 ekor ikan seramai 4 atau 5 adik beradik yang disuap oleh ibu. Untuk merasakan daging ayam sangat sukar sekali. Hidup yang dijalani sangat sederhana.
Hari berganti hari, masa sangat berlalu begitu pantas ibu tetap cekal walaupun hanya berbumbungkan rumah yang tidak seberapa berpindah ke bawah rumah orang. Tetapi kesabaran dan ketabahan ibu membuktikan ibu seorang super women! Sekarang hidup ibu semakin sempurna, anak sudah membesar dengan jayanya sudah bermenantu dan bercucu. 

Anak pertama bekerja di PROTON, kedua menjadi suri rumah, ketiga menjadi Okestra Tentera Darat, keempat seorang tukang jahit, kelima jurutol di PLUS HIGHWAY, keenam bekerja dengan orang, ke tujuh sebagai pemasaran alat tulis, kelapan sebagai pemasaran di sebuah butik baju, ke 9 sudah meninggal semasa kecil, ke 10 adalah saya sebagai setiausaha di sektor kerajaan, ke 11 baru menamatkan latihan PLKN dan akan sambung belajar. Ke-12 tingkatan 4. Inilah hasilnya seorang ibu membesarkan anak-anaknya yang ketika dulu masih kecil dan sekarang sudah mempunyai kerjaya yang cukup bagus. Kini ibu mempunyai rumah sendiri, kereta sendiri dan motor sendiri. Ibu tidak pernah mengecapi untuk senang begini namun kesabaran ibu dengan umur 56 tahun kini ibu kata masih belum terlambat lagi untuk merasakan kesenangan ini. Satu je hasrat ibu yang belum tercapai apabila janji arwah ayah tidak dapat ditunaikan untuk membawa ibu mengerjakan haji namun janji itu kami adik beradik akan tunaikan untuk ibu mengerjakan haji satu hari nanti. AMIN.

apa yang disingkapkan ini bukanlah kerjayaan saya semata-mata. tetapi kerjayaan ini adalah kerjayaan saya bersama adik-beradik saya apabila dibesarkan oleh seorang insan bernama SHAMSHIAH BT ABDUL AZIZ. Ini adalah sokongan ibu yang tidak berbelah bahagi serta restu dan doa seorang ibu terhadap kejayaan anak-anak beliau.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home